Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

i-Sinar: Ganti Semula Dengan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang...

Saya Tak Suka Ambil...

PEMENTASAN teater Ombak Rindu hanya tinggal dua hari sahaja lagi yang mana ia...

Mana Ada Masjid Nabawi...

ā€œTIDAK benar cerita tular itu kerana hakikatnya masih ada jemaah, penduduk serta penuntut...

Harga Runcit Ron95, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini...

Ibu Jalin Hubungan Songsang Dengan Anak Gadis Sendiri

APABILA hidup hilang pegangan, inilah yang berlaku. Seorang ibu dan anak perempuannya telah ditangkap selepas mereka didapati menjalinkan hubungan sumbang mahram dan berkahwin sesama sendiri.

Patricia Spann, 43, dan anaknya Misty Spann, 25, yang berasal dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah berkahwin pada Mac tahun lepas. Bukan sahaja mereka berkahwin malah kedua-duanya menjalinkan hubungan lesbian yang menjijikkan.

Sebelum itu, Patricia telah berkahwin dengan anak lelakinya, Jody Calvin Spann pada 2008. Perkahwinan berkenaan bagaimanapun telah dibatalkan pada 2010.

Perkahwinan antara Patricia dengan Misty itu telah terbongkar selepas jabatan perkhidmatan kemanusiaan mengadakan siasatan.

Waran tangkap untuk dua beranak itu telah dikeluarkan dan kedua-duanya akan didakwa di mahkamah kerana melakukan sumbang mahram.


Dalam pada itu, Patricia dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia telah hilang hak penjagaan ke atas anak perempuan dan dua anak lelakinya, selepas mereka dibesarkan oleh neneknya.

Dia hanya bertemu kembali dengan Misty, dua tahun lalu. Patricia tidak percaya dia telah melanggar undang-undang dengan mengahwini anak perempuannya kerana namanya tidak lagi tersenarai dalam sijil kelahiran Misty. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori