Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kes Buli Zulfarhan: 32...

KUALA LUMPUR – Susulan daripada tamat tempoh reman, sebahagian daripada 32 pelajar Universiti...

SKMM Keluar 23 Kompaun...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan 23 kompaun berjumlah RM1.01...

Keluarga Pemangkin Utama Penembak...

PALEMBANG - Sebuah keluarga yang menembak bersama sentiasa akan tetap bersama! Ia adalah perumpamaan...

Kajian Semula Persempadanan Ikut...

KUALA LUMPUR - Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya...

Ibu Maut, Anak Parah Nahas Jalan Raya Di Beluran

BELURAN – Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Nangoh dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan Velautham berkata hari ini, kejadian kira-kira jam 1.00 petang itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Merysah Sevilla, 30, tersepit di tempat duduk pemandu dan mati di tempat kejadian.

Anak perempuan, Mylisa Mauren Yusof, 7, cedera parah. Katanya Mylisa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan manakala pemandu Hilux berumur 67 Tahun yang mengalami cedera ringan menerima rawatan di hospital Beluran.

Siasatan awal mendapati kereta Viva dipandu dari arah Simpang Sapi Nangoh telah bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah Paitan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori