Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Siapa Akan Periksa Suhu...

KUALA LUMPUR - Kesukaran untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan...

Harimau Ketagih Darah Manusia...

INDIA – Harimau yang mensasarkan lelaki mabuk sebagai mangsanya, kini menyerang kembali. Serangan...

Netizen Kesal Pemimpin BN...

SUDAH terang lagi bersuluh agenda perhimpunan haram Bersih siri ke-4 ini jelas didalangi...

Melecur 80 Peratus Gara-Gara...

Seorang lelaki menerima padah apabila badannya hampir 80 peratus melecur dipercayai ketika cuba...

Ibu Mentua Kejam Curah Asid Menantu Hamil

NEW DELHI – Seorang wanita hamil dicurahkan asid pada perutnya oleh ibu mentua sendiri dalam usaha membunuh bayi dikandungnya selepas ramalan tukang tilik mengatakan ia perempuan.

Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, S Girija, 27, dari Nellore, timur India, rebah selepas ibu mentua dan kakak iparnya mencurahkan asid pada kandungannya susulan tukang tilik mendakwa bayi keduanya itu juga perempuan.

Girija sudah mempunyai anak perempuan berusia 18 bulan hasil perkahwinan dengan suaminya pada Ogos 2014.

Menceritakan kejadian itu, Girija berkata, ibu mentuanya sering memarahinya dan masih mendesaknya supaya membayar wang hantaran.

“Beberapa hari sebelum kejadian ibu mentua memanggil tukang tilik datang ke rumah.

“Sebaik diberitahu anak kedua ini juga perempuan, ibu mentua mula memukul saya dan memaksa saya menggugurkan kandungan.

“Suami berulang kali cuba melindungi saya dan meminta ibunya mendiamkan isu berkenaan.


“Sebaliknya, ibu mentua membuat laporan polis terhadap saya dan suami mendakwa kami memukulnya kerana berebut harta,” katanya.

Girija berkata, ibu mentua dan kakak iparnya mengambil kesempatan menyerangnya ketika suaminya keluar, namun dia sempat menyelamatkan diri dan lari dari rumah itu.

Polis mengesahkan ibu mentua mangsa melarikan diri, sementara suami dan bapa mentuanya yang tidak dinamakan dalam laporan ditangkap atas cubaan membunuh.

Sementara itu, pasukan perubatan berkata, Girija mengalami luka terbakar teruk lebih 30 peratus pada badannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori