Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Najib, Menteri Kabinet Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan...

Ekspresi Semangat Patriotisme Menerusi...

PUTRAJAYA - Lukisan grafiti menjadi pilihan sekumpulan anak muda dalam meluahkan semangat patriotisme...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan...

Pencinta Haiwan Minta Henti...

GEORGETOWN - Lebih 100 pencinta haiwan berarak dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)...

Ibu Muda Tukar Pengakuan Tidak Bersalah Bunuh Anak

SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang didakwa membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya berusia dua tahun pada awal bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengakuan itu dibuat Aida Amira Harun, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim M. Vijayalakshmi.

Tertuduh sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos lalu.

Dia yang ketika itu belum diwakili peguam, didakwa menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Ainul Solehah Mohd Husamuddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani antara 9.10 malam hingga 9.40 malam pada 10 Ogos lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Mahkamah menetapkan 25 Okt sebagai tarikh sebutan kes bagi tujuan serahan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Izzah Munirah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hezeri Hamid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori