Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Reman Individu Jerit Ada...

IPOH - Reman terhadap seorang individu yang menjerit terdapat bom di dalam kereta...

Johor, Pahang Alami Cuaca...

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa daerah di Pahang dan Johor dinasihatkan supaya...

Papagomo Mahu Lihat Syed...

Papagomo yang kini menggunakan profile handle Sir Azri di media sosialnya tidak dapat melupakan apa yang didakwa laporan palsu Syed Saddiq pada tahun lalu hingga menyebabkannya terpaksa bermalam di lokap.

Kawasan Selamat Pantai Batu...

KUALA TERENGGANU - Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, kerajaan negeri kini membuka beberapa...

Ibu Tunggal Mengaku Salah Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki bahan berkaitan dengan perlakuan kumpulan pengganas di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 22 Sept untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Nor Izatul Farahirah Ismail, 36, selepas dia membuat pengakuan itu semasa kes disebut di hadapannya.

Nor Izatul Farahirah, seorang penganggur, didakwa memiliki bahan itu di sebuah rumah di Desa Pandan, di sini pada 11.50 pagi, 19 Mei lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Ibu seorang anak itu yang memakai tudung biru dan baju kurung berbunga oren dan hijau kini ditahan di Penjara Kajang, Selangor sementara menunggu jatuh hukum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori