Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harith Iskander 20 Individu...

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila berjaya menempatkan dirinya dalam...

Britain Sumbang Peluru Berpandu...

LONDON – Britain akan menghantar peluru berpandu anti kapal yang berupaya meletupkan Armada...

Tiada Laporan 3 Pelajar...

MELAKA - Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan...

Nurul Syuhada Nurul Ain...

TAHNIAH kami ucapkan kepada pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain yang sudah selamat...

Impian Pesakit Kanser Jadi Ahli Bomba Tercapai

KUALA LUMPUR – Walaupun kelihatan terkejut dengan layanan yang diterima, namun Harith Maisara Mohd Rizal nyata gembira apabila hasrat untuk menyarung uniform ahli bomba akhirnya tercapai.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap leukimia myeloid akut (AML), diberi peluang menjalani kehidupan sebagai seorang ahli bomba.

Sambutan yang berlangsung di Balai Bomba, Jalan Hang Tuah pada Sabtu, dipenuhi pelbagai aktiviti seperti menaiki trak bomba serta memadamkan api di Pusat Latihan Bomba di sini.

Kegembiraan Harith Maisara jelas kelihatan apabila senyuman terukir sebaik melangkah turun daripada trak bomba.

Ibunya, Suhana Sanuri, 44, mengalirkan air mata kerana terharu, gembira serta berterima kasih kepada jabatan bomba dan badan bukan kerajaan (NGO), Make A Wish Malaysia yang merancang program ini.

“Bukan mudah untuk kami terima selepas dia didiagnos pada Oktober tahun lepas, tetapi hari ni, dia seperti lupakan semua perkara itu,” katanya selepas program yang turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dari Sekolah Antarabangsa Garden.

Harith Maisara turut dihadiahkan sebuah kek oleh sekumpulan ahli bomba, termasuk Pengerusi Majlis Pencegahan Kebakaran Malaysia (FIPCOM), Soh Chai Hock, dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutan, Khirudin Drahman.


Menurut Suhana, Harith Maisara sentiasa menunjukkan perasaan ingin tahu dalam pelbagai perkara termasuk hal berkaitan dengan bomba.

Harith Maisara yang sudah melalui empat kitaran kemoterapi dari Januari sehingga April tahun ini dijangka beransur pulih.

“Dia sudah kembali ke sekolah walaupun sedang menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,” kata Suhana. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori