Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Terima Hati Dari Penderma...

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya memulakan hidup baharunya selepas menerima hati...

Tun M: Siapa Penyangak?

TUN M kata dia sedia kerjasama dengan PN di PRU ke 15. Asalkan...

Arca Puteri Diana Akan...

KEDUA waris Puteri Diana, Putera William dan Putera Harry telah memutuskan untuk mendirikan...

Jalsoa Kecam Tindakan Majlis...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) mengecam tindakan Majlis...

Indonesia Pasang Jerat Di Airport Cekup Zika Singapura

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia memasang perangkap jejentik di sekeliling lapangan terbang sebagai langkah pencegahan Zika susulan penularan wabak itu yang luas di Singapura.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini, salah sebuah terminal lapangan terbang yang paling sibuk di rantau Asia Tenggara, pihak berkuasa republik itu telah memasang sekitar 1,000 perangkap jejentik.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan, ia diletakkan strategik di kawasan kebun, pejabat, dewan ketibaan dan keberangkatan, tandas dan semua ruang awam di ketiga-tiga terminal lapangan terbang tersebut.

Ini merupakan langkah terbaharu yang dijalankan di hab pengangkutan udara terbesar Indonesia itu ekoran penularan teruk virus Zika di Singapura yang bukan lazim dibawa oleh spesies nyamuk aedes dari Brazil.

Ia juga memasang alat pengimbas haba dan mampu memeriksa suhu badan semua penumpang yang tiba dari Singapura sejak bulan lalu untuk tujuan saringan awal termasuk kuarantin di bilik khas lapangan terbang.

Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan jangkitan tempatan Zika yang pertama pada 27 Ogos dan sejak itu, jumlah jangkitan yang dilaporkan melonjak kepada lebih 300, antara tertinggi di dunia dan di luar Brazil.

Thailand juga melaporkan sekitar 200 kes Zika sejak Januari, sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan Indonesia, negara yang mempunyai 250 juta penduduk, yang mungkin terdedah kepada ancaman virus tersebut.

Indonesia Pasang Jerat Di Airport Cekup Zika Singapura

“Ada sekitar 6,000 penumpang tiba dari Singapura setiap hari. Kami pantau dan periksa suhu badan penumpang yang tiba di sini, sejauh ini tiada dikesan sebagai potensi pembawa virus,” kata pegawai kesihatan, Susanto.


Pemasangan perangkap tersebut adalah sebahagian daripada program pencegahan penyakit dan dilancarkan secara besar-besaran oleh pemerintah Indonesia yang turut dipanggil sebagai 3M.

“Lapangan terbang, sebagai pintu masuk ke negara ini, adalah penting apabila melindungi kami daripada Zika. Cara ini boleh bantu. Kami akan teruskan usaha itu kerana ia adalah sebahagian daripada langkah pencegahan 3M.

“Ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk membasmi nyamuk import yang mungkin menyusup masuk menerusi pesawat,” kata Ketua Jabatan Perhubungan, Kementerian Kesihatan Indonesia, Oscar Primadi.

“Jadi, saya ingin tekan bahawa kami akan laksana cara ini ke atas awam kerana ia terbukti sebagai teknologi yang berkesan. Kami akan melakukan segala yang termampu untuk basmi pembiakan nyamuk,” tambah Primadi.

Virus Zika, yang menular di benua Amerika dan rantau Carribean sejak lewat tahun lalu, secara umumnya adalah penyakit ringan dibawa nyamuk aedes tetapi boleh menimbulkan risiko besar terhadap wanita hamil.

Ia dikaitkan dengan mikrosefali – satu keadaan kecacatan lahir di mana bayi yang dilahirkan mempunyai saiz kepala yang lebih kecil daripada biasa dan otak yang kurang terbina. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zika

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori