Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Malu Nafi Ada...

KANTOI... Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti tipu rakyat apabila menafikan konon...

109 Sekolah Daif Akan...

PAPAR - Kerajaan sudah mengenal pasti 109 sekolah daif di seluruh Sabah untuk...

Liow Kesal Perbuatan Penyokong...

BENTONG - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meluahkan rasa...

Perodua Myvi VS Proton...

SEPERTI diketahui, Model facelift Myvi terbaharu keluaran Perodua telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Januari...

Industri Pelancongan Tidak Terjejas Dengan Isu Zika

KEMAMAN – Industri pelancongan negara setakat ini tidak terjejas meskipun sudah terdapat satu kes Zika dilaporkan, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya, beliau yakin dengan peningkatan pemantauan kesihatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap rakyat negara ini dan juga pelancong luar di semua pintu-pintu masuk negara ini mampu membendung virus itu dari merebak.

“Secara keseluruhan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini tahun ini menunjukkan peningkatan.

Bagaimana pun ekoran isu Zika, kita di Kementerian Pelancongan juga akan meningkatkan kerjasama dengan KKM dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memantau kesihatan pelancong asing yang datang berkunjung ke negara ini, katanya.

Kementerian juga turut menasihatkan para pelancong agar selalu berhubung dengan pihaknya atau KKM jika terdapat sebarang simptom yang berkait dengan virus Zika bagi mendapatkan rawatan segera, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Rohani Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Fikry Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Shaheda Jusoh.

Malaysia dilaporkan mencatatkan kes virus Zika pertama pada Khamis lepas apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus itu selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam dan demam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori