Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MANGSA TEMBAK: Mahkamah Arah...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang...

Cuaca Sejuk & Berkabus...

SETELAH bencana banjir kembali reda, penduduk Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai sekali...

Samsung Perkenalkan Galaxy On5...

PADA tahun ini, Samsung mengatakan permintaan untuk peranti berspesifikasi pertengahan dilihat agak tinggi...

Hospital Kerajaan Perlukan 2,000...

KUALA LUMPUR - Hospital kerajaan memerlukan kira-kira 2,000 beg darah bagi menampung keperluan...

“Isu Rasuah Bukan Untuk Alih Perhatian” – Presiden Gerakan

PUTRAJAYA – Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menolak dakwaan DAP yang menyatakan siasatan kes rasuah ke atas bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Pulau Pinang, adalah mainan politik parti berkenaan.

Beliau berkata DAP mendakwa isu itu sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian mengenai masalah Gerakan yang dikatakan mengalami kemelut dalaman dalam memilih calon di Sungai Pinang.

Mah menjelaskan tindakan Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video rakaman perbincangan mengenai pembayaran bagi mendapatkan rumah kerajaan negeri itu adalah untuk memaparkan permasalahan yang dihadapi rakyat negeri itu.

“Rakyat mengemukakan rungutan berkenaan hal bayaran yang perlu diberikan sekiranya ingin mendapatkan rumah mampu milik…ini tiada kaitan dengan Gerakan untuk mempolitikkan isu ini,” katanya.

Mah yang ditemui media selepas menghadiri mesyuarat dua hala bersama dengan Menteri Perindustrian Utama Sri Lanka, Daya Gamage di kementeriannya di sini pada Jumaat, berkata satu perjumpaan tertutup bersama semua pemimpin Gerakan Pulau Pinang akan diadakan Ahad ini, bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat, mengambil keterangan daripada seorang ADUN di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rasuah bapanya bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri itu.

Bapa ADUN berusia 68 tahun itu, direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan rasuah tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori