Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Hadir Majlis Doa...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini...

PRN: BN Perlu Tampilkan...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang mesti membawa kemenangan kepada...

Banjir: 37 Penduduk Kampung...

ALOR SETAR - Seramai 37 penduduk Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat...

Video: Kereta Mewah Porsche...

SEBUAH rakaman video memaparkan pemandu kereta mewah Porsche menghentam kereta Suzuki Swift berwarna putih...

Isu Zakir Naik: Nasib Muslim Apabila Minoriti

DI Myanmar – dalam wilayah Arakan, masyarakat Rohingya dibunuh seperti penyembelihan haiwan. Etnik Rohingya mengembalikan bayangan dua dekad lampau dalam tragedi Bosnia Herzegovina.

Sepanjang Perang Balkan (1992-1996) umat Islam semuda bayi di buaian dan wanita tua yang buta, disembelih dalam Tragedi Pembersihan Etnik anjuran kaum Slav Serbia.

Lebih 200 ribu nyawa terkorban. Mayat dikambus secara jahat sepanjang perang tersebut sebelum Barat sedar dan campur. NATO hanya sedar setelah dua tahun jenayah perang berlaku.

Akhirnya segera campur tangan dan menyerang Rejim Serbia yang berkuasa selepas runtuhnya blok komunis Yugoslavia.

Islam apabila menjadi minoriti, di banyak negara, pasti ditindas dan diperlakukan seperti haiwan. Tidak kira bagaimana wajah rejim yang berkuasa.

Di Barat sampai hari ini, akibat Islamophobia, Muslim masih ditindas dengan pelbagai perundangan yang bertentangan dengan tamadun manusia. Paling jelik – wanita dilarang berhijab dan lelaki berjambang diberikan layanan penuh curiga.

Nasib umat Islam di India juga sama. Sejak tragedi Masjid Babri di Faizabad, Ayudhia pada 6 Disember 1992, pelbagai insiden pembunuhan dan kekejaman berlaku secara berentetan. Pembunuhan terhadap minoriti Muslim menjadi isu yang tidak pernah berakhir.

Kepada bukan Islam di Malaysia, sila lihat realiti. Ketika Islam memberi begitu banyak keistimewaan pada bukan Islam untuk mengamalkan dasar-dasar berteraskan kebebasan yang relevan dengan perlembagaan – umat Islam di Malaysia terpaksa menelan banyak kepedihan melihat negara-negara lain melayan penduduk Muslim.

Kes terbaharu di India. Yindakan yang dianggap sebagai serangan terhadap pendakwah Dr. Zakir Naik. Ia serangan yang jelas bermotifkan kepada ideologi politik yang ekstrim dan anti Muslim.

BJP parti pemerintah India mempunyai rekod buruk terhadap Muslim, termasuk peranan parti itu dalam merampas Masjid Babri. BJP menyokong sentimen ekstremis Hindu yang sengaja menuntut masjid berusia 400 tahun itu sebagai kuil kelahiran Dewa Ram.


Visual sejarah serangan zalim terhadap penduduk Muslim termasuk pembakaran kawasan kediaman adalah bukti yang tidak boleh dipadamkan begitu sahaja.

Sekarang, dengan pertuduhan terhadap Dr. Zakir Naik sebagai Doktor Keganasan oleh Kerajaan India, ia satu lagi kesinambungan tindakan prejudis yang tidak munasabah.

Selama 25 tahun Dr. Zakir Naik bertapak di Mumbai sebagai pusat gerakan dakwahnya. Kini, hanya kerana seorang tahanan keganasan di Bangladesh mendakwa dipengaruhi Dr. Zakir Naik, ia dijadikan alasan untuk menafikan usaha Dr. Zakir Naik sebagai warga negara yang berhak terhadap kerja dakwahnya.

Kepada umat Islam – kekalkan hemah mulia anjuran agama kita terhadap hak-hak penganut agama lain. Walaupun kita majoriti, hak-hak agama lain harus diberikan kebebasan berdasarkan Perlembagaan.

Cuma ambillah iktibar. Musuh sedang memusnahkan kita secara terbuka melalui persenjataan. Secara halus pula, musuh berusaha melumpuhkan Islam melalui sentimen penuh prasangka. Nasib Dr. Zakir Naik adalah katalis mutakhir.

Kepada para pemimpin Islam, para ulama, para cendekia dan NGO Islam – sila berhenti bercakaran. Isu remeh-temeh sila simpan dalam laci. Letakkan isu ummah yang ditindas di depan mata. Jadikan ia sebagai rujukan utama di atas meja kerja anda!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori