LONDON – Â Jika anda dalam kalangan mereka yang tidak mengambil karbohidrat kerana mahu menurunkan berat badan, mungkin anda harus fikirkannya semula.
Karbohidrat seringkali ditolak oleh individu-individu yang konon mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan tubuh badan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun tahukan anda bahawa sesetengah jenis karbohidrat tidak menyebabkan kenaikan berat badan, menurut kajian-kajian yang dijalankan, lapor laman berita Independent.
Dikenal pasti sebagai ‘resistant starch’, ia biasanya terdapat dalam makanan-makanan yang tinggi karbohidrat seperti kekacang, bijian sempurna malah di dalam nasi dan kentang.
Diet Dukan dan Atkins, yang kedua-duanya popular, hanya mengambil karbohidrat dalam jumlah amat sedikit atau langsung tidak mengambilnya pada peringkat awal dan ini menyumbang kepada reputasi buruk diet tersebut.
Namun, pakar runding diet Rebecca McManamon dari Persatuan Dietetik Britain berkata, karbohidrat adalah penting dalam pemakanan dan beliau menggesa supaya berhati-hati jika mengurangkan pengambilannya secara mendadak.
“Anda akan dapat menurunkan berat badan dalam jangka pendek namun ia tidak dapat bertahan lama,†kata beliau.
“Karbohidrat sahaja tidak akan membuat seseorang bertambah berat badan. Serat-serat tertentu yang terdapat dalam karbohidrat boleh memberi manfaat kepada kita.â€
Menurut laman Independent, apa yang lazimnya menjadi kesilapan, menurut Cik McManamon, adalah ‘jumlah yang tidak terkawal’.
“Jumlah karbohidrat yang sering dihidangkan kepada kita di restoran-restoran biasanya lebih banyak daripada apa yang kita perlukan,†jelas beliau seperti yang ditukil laman Independent.
‘Resistant starch’ mendapat namanya kerana ia menahan daripada dicerna dan memasuki tubuh badan kita secara berbeza berbanding makanan-makanan yang sudah diproses.
Pisang yang belum ranum, sebahagian bijirin dan tepung beras merah juga mengandungi ‘resistant starch’.
Pakar diet Sian Porter berkata karbohidrat merangkumi kategori yang begitu meluas dan orang ramai perlu tahu bahawa tidak semuanya sama, lapor laman Independent.
Menurut Porter: “Jenis dan jumlah karbohidrat dalam diet adalah penting. Sementara kita perlu mengurangkan kadar gula dalam diet, kita juga perlu mengasaskan pemakanan kita dengan karbohidrat berkanji.
“Terdapat bukti kukuh bahawa serat yang dijumpai di dalam karbohidrat berkanji versi bijirin penuh, misalnya, adalah baik untuk kesihatan.â€
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), “kira-kira separuh daripada pengambilan kalori seharian perlu datang dari makanan-makanan berkanji, buah-buahan dan sayur-sayuran.â€
Makanan-makanan tertentu boleh mewujudkan ‘resistant starch’ apabila dibiarkan sejuk sebelum dimakan, seperti pasta, kentang dan nasi putih.
Salah seorang pakar kesihatan dan sains senaman, Profesor Paul Arciero di Kolej Kidmore New York, menjalankan kajian ke atas ‘resistant starch’ sebagai makanan yang sihat bagi mereka yang menghidap kencing manis Jenis-2.
Beliau memberitahu majalah Time: “Setelah anda makan makanan berkabohidrat, agak luar biasa apabila badan anda dapat membakar peratusan lemak yang lebih tinggi sebagai sumber tenaga.
“Jika anda gabungkan ‘resistant starch’ dengan telur rebus, protein ‘whey’, protein kacang pis, ayam ataupun ‘Greek yogurt’, ia satu gabungan yang amat baik.â€Â – Agensi/Mynewshub.cc/HAA