Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PDRM Tahan Anggota Daesh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki warga tempatan masing-masing...

Faiz Subri Dikecam ‘Pakai’...

NAMA Mohd. Faiz Subri menjadi bualan hangat hari ini apabila berjaya merangkul Anugerah...

Pencabulan Baitul Maqdis Bakal...

KEPUTUSAN Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Israel melawat Masjid...

Saya Tidak Mahu Angkat...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi peringatan agar tidak terlalu...

Jangan Hirau Orang Tua Hilang Akal Ini – Sultan Johor

TANPA menyebut nama, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar membidas ‘orang tua yang seakan hilang akal ini’.

Bagaimanapun, adalah jelas bahawa kenyataan baginda ditujukan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir menimbulkan kemurkaan sultan apabila beliau tidak bersetuju dengan konsep Bangsa Johor, dan Sultan Ibrahim menyelarnya dalam titahnya, petang ini.

“Mungkin ada orang politik di luar Johor yang cemburu dengan konsep bangsa Johor menyatakan ia hanya membawa pepecahan.

“Bukankan penyatuan pelbagai kaum bawah satu bangsa itu menghasilkan perpaduan? Bukankah perbalahan politik yang membawa perpecahan (antara rakyat)?

“Jangan kita hirau orang tua yang seakan hilang akal ini,” kata baginda.

Apa yang penting, menurut Sultan Ibrahim, adalah bagi penduduk Johor berbangga menjadi bangsa Johor yang bersatu padu dan setiasa menjaga hubungan harmoni antara kaum dan agama yang berbeza.

Baginda berkata demikian pada majlis minum petang bersama 50 pemimpin persatuan Cina di Istana Besar di Johor Baru.


Bulan lalu, Sultan Ibrahim menyelar Mahathir yang jahil berhubung sejarah Johor.

Baginda berkata istilah ‘Bangsa Johor’ telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini ‘untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman’.

“Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul.

“Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tidak mempunyai idea apa yang dia cakap,” katanya.

Mahathir berhujah bahawa rakyat Malaysia mungkin berpecah jika semangat kenegerian diamalkan. – Malaysiakini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori