Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Draf Rancangan Tempatan MBAS...

ALOR SETAR - Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang...

Video: Suasana Sekitar Prosiding...

PROSIDING rayuan bagi kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

BN Sarawak Akan Umum...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengumumkan senarai calonnya bagi bertanding kerusi...

Achey Semangat, ‘Makcik Bawang’...

SELEPAS kejayaan single pertama berjudul Yang Terindah, kini pelawak Achey sekali lagi muncul...

Jangkitan Kuman, Elfira Loy Masuk Hospital

PELAKON cantik Elfira Loy kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit gastrik.

Elfira yang dimasukan wad sejak Khamis memberitahu, dia awalnya merasa sakit perut sebelum pergi ke hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

Welcome Back Elfira #energybunnydown

A photo posted by 22 | Malaysian (@elfiraloy) on

“Saya sepatutnya dimasukkan ke wad pada waktu itu juga, tetapi saya meminta pelepasan daripada doktor untuk hadir ke satu majlis terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, ketika berada di majlis itu, sakit perut semakin menjadi-jadi dan saya terus dibawa ke hospital berkenaan. Saya kemudian terpaksa ditahan di wad kira-kira jam 9 malam,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu, doktor memaklumkannya gastriknya menjadi teruk disebabkan sudah dijangkiti kuman.


“Kalau gastrik biasa, kebiasaannya tidak akan ditahan lama di wad terlalu lama tetapi disebabkan ada jangkitan kuman, saya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor juga belum memaklumkan bila saya boleh dibenarkan pulang. Apa pun, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatansaya,” katanya.

Kita doakan, semoga Elfira cepat sembuh dan kembali melakukan aktiviti seharian seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori