Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

MB Perak ‘Sekolahkan’ Nizar...

IPOH - Hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyaksikan Menteri Besar...

Masih Belum Lagi Terlambat...

MIAMI (Amerika Syarikat) - Seorang wanita akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 80...

Jokowi Pilih Erick Thohir

JAKARTA - Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo mengumumkan pelantikan Erick Thohir sebagai pengurus...

Penganggur Rempit Jalani 180...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi wheelie, seorang...

JDT Raih Kejuaraan Hatrik Liga Super

JOHOR BAHRU – Kelab Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut sejak 2014.

Skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez itu mengesahkan kejuaraan liga musim ini, setelah menang selesa 3-0 ke atas pasukan tercorot, Terengganu di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos Larkin, di sini malam tadi.

JDT sah bergelar juara dengan kutipan 52 mata, berkelebihan 10 mata ke atas pencabar terdekat, Felda United dengan baki dua perlawanan.

Lebih manis, ia merupakan kejuaraan kedua diraih JDT musim ini setelah muncul juara Piala FA menerusi kemenangan 2-1 ke atas wakil Liga Perdana, PKNS FC di Stadium Shah Alam, Selangor 14 Mei lepas.

Pada aksi di Larkin, tuan rumah berjaya mendahului pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz, sekali gus menceriakan lebih 24,000 penyokong skuad Harimau Selatan yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Pengadil memberikan sepakan penalti tersebut setelah pemain pasukan tuan rumah, S. Kunanlan dijatuhkan pemain pelawat, Mohd. Dhiyaul Rahman Hasry dalam kotak penalti.

JDT menambah gol kedua pada minit ke-82 hasil sepakan penalti kapten pasukan, Safiq Rahim setelah penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menjatuhkan Diaz dalam kotak penalti.


Selang tiga minit kemudian, Diaz meledak gol peribadi kedua perlawanan setelah menyempurnakan hantaran pemain sayap, Azammuddin Mohd. Akil.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT, turut berkenan menyaksikan perlawanan itu bersama isteri baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam selain Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan exco kerajaan negeri.

JDT akan menentang T-Team di Larkin pada 24 September, sebelum berdepan juara bertahan Piala Malaysia, Selangor pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam, 22 Oktober ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori