Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kafa Tak Benar Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak membenarkan mana-mana pemainnya untuk...

PRN: DAP Berkabung Anak...

KUCHING - Tinggal sehari lagi lebih sejuta rakyat Sarawak akan 'memilih' dan apa...

Kamaruddin: Lanun Maut Selepas...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles "LAPORAN yang baru saya terima mengatakan terdapat lima buah...

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam...

PETALING JAYA : Jenayah menyamar sebagai `rakan’ dan meminta pinjam wang dengan alasan...

Jeanne Beri Sokongan Moral Kepada Atlet Paralimpik

KUALA LUMPUR – Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah tiba di Rio de Janeiro, pada Jumaat, untuk memberi sokongan moral kepada atlet-atlet Malaysia yang membawa cabaran negara di temasya Sukan Paralimpik ke-15.

Jeanne, yang akan berada di Rio de Janeiro hingga 16 September ini, hari ini mengadakan lawatan dan bertemu beberapa atlet Malaysia di Perkampungan Atlet Sukan Paralimpik yang terletak di Barra da Tijuca.

Ketibaan Jeanne disambut pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Safrushahar Yusoff dan ketua kontinjen, Dr. Ang Kean Koo.

Turut sama dalam lawatan itu ialah presiden MPM, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.


Sejumlah 21 atlet membawa cabaran negara pada temasya dari 7 hingga 18 September ini dengan misi memburu pingat emas pertama dalam sukan terbesar untuk atlet kelainan upaya itu.

Mereka mengambil bahagian dalam lapan daripada 23 jenis sukan yang dipertandingkan dengan olahraga, powerlifting dan berbasikal dianggap mempunyai prospek pingat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori