Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7 Kluster Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu penularan...

Enggan Dibanding Dengan Fara...

SEPERTI  ramai sedia maklum, Haiza kini merupakan penyampai radio Kool FM, stesen radio...

Zico Sasar Kekal Rekod...

YANGON - Juara bertahan, Thailand mahu meneruskan rentetan kemenangan apabila berdepan tuan rumah...

Lelaki Maut Dihempap Batu...

IPOH – Seorang lelaki maut selepas dia dihempap batu besar di kawasan kuari...

Jeff Kena Mohon Maaf Keluarga Arwah Haron Din

GEORGE TOWN – Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mendesak Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun memohon maaf secara terbuka khususnya kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din al-Hafiz.

Desakan itu berikutan tindakan anggota Parlimen DAP berkenaan yang menghina pemergian tokoh PAS itu semalam dengan menulis, ‘Adios harun din, let be peace’, menerusi laman Twitter-nya.

Ketua Pemuda DPPNPP, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata tindakan Ooi itu telah mencemar reputasinya sebagai seorang anggota Parlimen yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan sibuk memaki hamun orang yang telah meninggal dunia.

“Lebih mengecewakan apabila tindakan bacul Jeff Ooi menyekat Twitter daripada seorang ahli PAS Jelutong, saudara Mustaqim (Yahaya) apabila memohon penjelasan daripadanya.

“Sekiranya inilah sikap perjuangan DAP selama ini maka bersedialah untuk parti tersebut untuk tidak diterima masyarakat dan lenyap dari muka bumi ini khususnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Afnan Hamimi berkata tindakan itu juga seolah-olah hendak menimbulkan ketegangan kaum di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori