Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa...

IPOH - Dalang utama sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang aktif sejak kira-kira dua...

Dah La Penat Berjalan,...

SEBUAH video pendek berdurasi 22 saat dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS, di China...

Had Umur ADUN Masih...

PUTRAJAYA - Kelayakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Malaysia masih kekal pada...

Kucing Perasan, Ingat Tuan...

MEMANG tak boleh dinafikan kecomelan haiwan peliharaan bernama kucing ini ternyata mengatasi segalanya.Baru-baru...

Jenazah Bekas Penjaga Gol Selamat Dikebumi

ALOR SETAR – Jenazah bekas penjaga gol kebangsaan era 50-an, Datuk Mohd Yusoff Abu Bakar, 81, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari di sini, hari ini.

Jenazah Mohd Yusoff disembahyangkan di Masjid Al-Bukhari yang dihadiri oleh anggota keluarga dan sahabat handai sebelum dikebumikan pada 11.20 pagi tadi.

Allahyarham yang pernah digelar ‘Iron Gate’ meninggal dunia pada 6.15 petang semalam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas terlantar sakit sejak setahun lepas akibat penyakit buah pinggang dan jangkitan paru-paru.

Anak kedua Allahyarham, Yuzaily, 49, berkata seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian bapanya itu.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak terutama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang banyak membantu dan mengambil berat melalui pelbagai sumbangan kepada bapanya.

“Saya bagaimanapun sedikit sedih kerana masih ada pihak yang tidak mengenang jasa Allahyarham yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Yuzaily berkata Allahyarham bapanya pernah meluahkan rasa kecewa kerana pihak bertanggungjawab dalam bola sepak negara enggan mendapatkan pandangan daripada bekas pemain lama sepertinya.

“Allahyarham sememangnya mahu berkongsi pendapat dan pandangan bagi membantu meningkatkan mutu bola sepak negara,” katanya.

Allahyarham yang pernah mengharumkan nama negara dan mempamerkan rekod cemerlang ketika mewakili Malaya pada Pesta Bola Merdeka 1958, telah berkhidmat dengan Jabatan Penjara sejak 1957.

Jawatan terakhir yang dipegangnya ialah pengarah Penjara Alor Setar dari 1987 hingga 1990. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori