Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rusia Penyebab Huru-Hara Di...

WASHINGTON - Jeneral kanan Amerika Syarikat, semalam menuduh Russia bertanggungjawab mencetuskan ketidakstabilan di...

Shell Jangka Kurang Bekalan...

KUALA LUMPUR – Shell berkata bekalan gas asli cecair (LNG) mungkin menghadapi kekurangan...

Indeks CPI: Malaysia Masih...

KUALA LUMPUR - Malaysia masih berada dalam kelompok terbaik dalam kajian Indeks Persepsi...

Bersih 2.0 Gesa Bentang...

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan...

Johor Halal Park Bakal Dilengkapi 34 Kamera Litar Tertutup

JOHOR BAHRU – Johor Halal Park (JHP) yang sedang dibangunkan di Pasir Gudang, dekat sini, akan dilengkapi 34 kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjamin keselamatan kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif UMLand J-Biotech Park Sdn. Bhd. (UJP), Mohd Noor Abd Salam berkata sejumlah RM500,000 diperuntukkan pihaknya bagi menyediakan CCTV yang menggunakan teknologi terkini daripada jenama Samsung dari Korea Selatan.

“Kesemua 34 CCTV itu disediakan menerusi fasa pertama pembangunan JHP seluas kira-kira 20 hektar. Antara kelebihan CCTV ini adalah ia boleh melakukan zum sehingga 150 meter, boleh merakam imej nombor pendaftaran kenderaan selain berfungsi dengan baik pada waktu malam,” katanya.

Mohd Noor berkata demikian kepada pemberita selepas majlis suai kenal bersama Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abdul Aziz anjuran JHP, di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Beliau berkata selain dilengkapi CCTV, JHP yang merupakan taman perindustrian premium bio halal pertama di negara ini juga merancang membina sebuah pondok polis di kawasan tersebut selain menubuhkan pasukan polis bantuan.


Katanya, JHP yang dibangunkan UJP, sebuah syarikat usaha sama antara UMLand dan J-Biotech melibatkan tujuh fasa dalam tempoh lima hingga tujuh tahun itu mahu menumpukan soal keselamatan sebagai usaha meningkatkan keyakinan pelabur.

Sementara itu, Jokhiri berkata pihak polis menyambut baik usaha JHP dalam melengkapkan kawasan tersebut dengan sistem keselamatan canggih selain mahu menempatkan polis bantuan.

Beliau berkata polis akan sentiasa bersedia bekerjasama dengan JHP dalam meningkatkan soal keselamatan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori