Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Anggota Polis Didakwa...

BUTTERWORTH - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Acara Fit Malaysia Untuk...

KUCHING - Tujuan penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup...

Eksploitasi Seksual: Polis Maghribi...

RABAT - Polis Maghribi pada Khamis telah menahan seorang lelaki warga Switzerland berusia...

TNB Guna 70 Set...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan 70 set janakuasa berkapasiti antara...

Johor Masih Bebas Daripada Jangkitan Virus Zika

MUAR – Kerajaan negeri Johor menafikan bahawa warga emas di Sabah yang dijangkiti virus Zika dan meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung Sabtu lepas, mendapat jangkitan virus itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata belum ada kes jangkitan virus Zika di Johor sehingga 3 Sept.

“Oleh itu, kerajaan negeri Johor menafikan bahawa jangkitan virus Zika di Sabah dijangkiti oleh mangsa ketika berada di Johor,” katanya mengulas mengenai laporan sebuah radio tempatan berhubung dakwaan itu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan naik taraf bangunan Triage Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar yang turut dihadiri Pengarah HPSF, Dr Selahudden Abd Aziz dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HPSF Dr Norhaya Abdullah.

Beliau berkata sehingga 3 Sept lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menerima sebanyak 10 kes yang disyaki mempunyai kaitan dengan jangkitan virus Zika.

“Daripada 10 kes tersebut, empat kes didapati negatif dan enam kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Beliau berkata dua daripada pesakit tersebut bekerja di Singapura, seorang lagi mempunyai hubungan dengan pekerja di Singapura, manakala seorang lagi tidak langsung mempunyai sejarah pernah berkunjung ke Singapura.

Ayub berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah membuat kawalan dan pencegahan di semua kawasan kes yang disyaki iaitu dengan melakukan ‘Larvaciding’ dan ‘Adulticiding’ bagi membunuh nyamuk dewasa dan larva nyamuk aedes.

Beliau berkata bagi membendung jangkitan Zika di negeri itu, kerajaan negeri mengariskan dua strategi iaitu mencari punca pembiakan nyamuk aedes dan memberi pendidikan kepada masyarakat tentang jangkitan virus Zika.

Beliau berkata antara langkah pencegahan yang akan dan sedang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengadakan perbincangan dengan syarikat pengangkutan awam yang berulang-alik ke Singapura untuk melakukan penyemburan racun ‘Aerosol’ bagi mengelak nyamuk yang berada dalam pengangkutan awam masuk ke negara ini.


“Walaupun segelintir pihak mempersoalkan cadangan ini, kita terpaksa mengambil tindakan proaktif bagi mengelak penularan jangkitan Zika ke negara ini dan negeri Johor secara khususnya,” katanya.

Antara langkah lain yang turut diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan adalah membuat pemeriksaan dan penguatkuasaan serta kawalan nyamuk aedes di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Stesen Bas Larkin, Uptown Pasar Borong Pandan, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah Utara dan Selatan, Pasar Tani Negeri Johor dan lain-lain kawasan.

Selain itu, pemeriksaan dan penguatkuasaan di tapak pembinaan akan turut diambil mulai 7 Sept ini.

Dalam perkembangan lain, Ayub berkata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengarahkan pihaknya agar menyediakan laporan mengenai penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing yang datang ke negara ini.

“Antara penyakit yang lama tidak kedengaran di negara ini yang dibawa oleh pekerja asing khususnya dari Indonesia, India dan Myanmar ialah penyakit tibi dan juga malaria,” katanya.

Beliau berkata walaupun kes tersebut tidak mencapai tahap serius ianya perlu diambil berat sebagai langkah berhati-hati.

Menurut Jabatan Kesihatan negeri Johor, sepanjang tahun lalu, Johor mencatat sebanyak 2,372 kes tibi berbanding 2,290 kes pada 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori