Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Anti Rasuah Kutip...

RIYADH - Seramai lapan individu masih berada dalam tahanan susulan operasi anti rasuah...

2 Lelaki Rugi Ratusan...

KUANTAN - Mungkin kerana bimbang dikenakan tindakan menyebabkan dua lelaki kerugian ratusan ribu...

Pusat ‘Refleksologi’ Diserbu, Sembilan...

PETALING JAYA: Kegiatan sarang pelacuran yang berselindung di sebalik pusat refleksologi dan rumah...

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Jumlah Taman Laut Di Malaysia Perlu Diperbanyak

PUTRAJAYA – Jumlah taman laut perlu diperbanyakkan dari semasa ke semasa di Malaysia bagi memelihara khazanah marin negara untuk kesan positif dari segi ekonomi, sosial dan perubahan iklim global.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara kesan positif taman laut negara pada masa ini ialah menjadi tarikan pelancong asing serta lokasi aktiviti rekreasi air termasuk selam skuba dan snorkeling.

“Kekayaan biodiversiti marin di taman laut merupakan khazanah negara bernilai tinggi dan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.

“Taman laut juga sedikit sebanyak membantu menjana sumber protin negara terutamanya di kawasan sekitar taman laut tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Melukis Biodiversiti Marin Peringkat Kebangsaan 2016 di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini hari ini.


Pada masa ini, perairan di 42 pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman-Taman Laut. Pulau berkenaan terletak di lima negeri iaitu Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori