Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Akui Perjanjian Pakatan...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Rakan Baik Afifah ‘Bocor...

ISU rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astilla masih...

“Apa Guna Bertudung Tapi...

NIAT untuk berkongsi kegembiraan atas pemberian kakak tersayang ternyata bertukar menjadi bahan kecaman...

Krismas Disambut Dalam Semangat...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dan warga asing yang beragama Kristian di seluruh...

Juruteknik Didakwa Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik penyaman udara hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menggalakkan perbuatan dan memiliki bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Ahmad Faris Zulkefli, 20, didakwa dengan pengetahuan telah menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas melalui aplikasi WeChat atas nama Pak Kodi dengan menggunakan nama mujahidin333 sebagai WeChat ID.

Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat 16-0-2, Kelumpuk Teratai 16, Jalan 5/56 AU3, Keramat di sini, antara 9 Jun dan 30 Julai lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130G kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Faris turut didakwa memiliki sehelai baju hitam bertulisan jawi dan gambar-gambar di dalam tablet jenis Ipad Mini yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di tempat sama, pada 10.45 pagi, 29 Ogos lepas.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.


Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin yang kemudiannya menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin@Baharum.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahannya tertakluk kepada Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori