PENYANYI popular, Justin Timberlake menyatakan kesediaannya untuk berduet dengan bekas kekasihnya, ratu pop, Britney Spears.
Berita gempar itu dimaklumkannya selepas Britney sebelum ini mengeluarkan kenyataan ingin bekerjasama dengan Justin menerusi projek lagu seterusnya.
“Dia (Britney) nak bekerjasama dengan saya? Sudah tentu saya bersetuju. Saya sibuk jaga anak tak perasan berita kata dia nak berduet dengan saya.
“Saya ada sahaja di sini, telefonlah saya,” katanya ketika ditanya media mengenai hal tersebut.
Justin dan Britney merupakan pasangan kekasih popular pada era lewat 1990-an, di mana ketika itu masing-masing berada pada puncak kegemilangan karier.
Kini kedua-duanya sudah move on dan memiliki kebahagiaan sendiri, Justin berkahwin dengan aktres Jessica Biel dan mempunyai seorang anak lelaki, Silas Randall; 2 tahun.
Sementara Britney bergelar ibu tunggal menguruskan dua anak lelakinya, Sean Preston Federline; 11, dan Jayden James Federline; 10.
Mungkinkah selepas ini kolaborasi di antara bintang pop kegilaan remaja satu ketika dahulu bakal menjadi kenyataan?
Sama-sama kita nantikan! – MYNEWSHUB.CC