Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Kerana...

KUALA LUMPUR - Istilah ā€˜kodokushiā€™ mencetuskan tuduh-menuduh antara blok kerajaan dan pembangkang pada...

Najib Gesa Palanivel Henti...

KRISISƃā€šĆ‚Ā dalaman Malaysian Indian Congress (MIC) semakin berlanjutan setelah Presidennya, Datuk Seri G Palanivel...

Pelajar Tahun 6 Mati...

MERSING - Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam...

Padah Salam 3 Jari,...

BANGKOK - Jika di Indonesia, rakyatnya biasa dengan simbol salam 3 jari yang...

KAFA: Tiada Maklumat Rasmi Perpindahan Pemain, Jurulatih

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai sebahagian daripada tonggak utamanya bakal meninggalkan The Red Warriors bagi menyertai pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Agungnya Datuk Ismail Md Nor berkata khabar angin berkenaan mungkin sengaja dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa sebarang sebab yang jelas.

“Saya tidak ada matlumat tersebut, mungkin ia satu khabar angin yang diciptakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya dia tahu tujuan sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, tersebar berita menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan beberapa tonggak utama The Red Warriors membayangkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim depan selepas kecewa dengan sistem dan pengurusan KAFA dalam beberapa perkara seperti pembayaran gaji.

Antara pemain yang disebut bakal ‘angkat kaki’ ialah Wan Zack Haikal Wan Noor yang akan berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Badri Mohd Radzi (Melaka United) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakari (JDT atau Selangor).


Selain itu, Nor Farhan Muhammad (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United atau Kedah), Brendan Gan (JDT) dan Indra Putra Mahayuddin (T Team).

Khabar angin itu juga menyatakan Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov juga bakal meninggalkan The Red Warriors selepas kecewa kerana masih ada ‘tangan ghaib’ yang mencampuri urusan dalam pasukan itu.

Lebih memburukkan keadaan, khabar angin itu turut mendakwa penaja terbesar The Red Warriors, Vida Beauty Sdn. Bhd. turut mengambil keputusan untuk tidak lagi menaja pasukan itu pada musim depan kerana kecewa dengan prestasi dan kemerosotan pasukan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori