Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

“Saya Perlu Bayar Hutang...

PUTRAJAYA – Pengarah 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) mengesahkan syarikat itu tidak mampu membayar...

Rasulullah Tahu Kedatangan Umatnya

BILA tiba di Masjidil Haram, jangan malas. Beribadah dan berzikirlah sebanyak mungkin. Itu pesanan...

Azahari Mulakan Perniagaan Bulan...

PUTRAJAYA - Azahari Ibrahim, bapa kepada 11 anak yang kisahnya berdepan kesukaran menjadi...

PKR Patut Malu Saifuddin...

KUALA LUMPUR - DAP berjaya mendapatkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Penasihat Strategik...

Kaji Semula Fasiliti Awam, Perkhidmatan Bagi Warga Tua

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak berkaitan untuk mengkaji semula kemudahan awam dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan warga tua.

Musa berkata langkah itu penting seiring dengan peningkatan jumlah warga tua di negara ini.

Katanya kemudahan awam dan perkhidmatan seperti tandas, tempat makan, rumah ibadat serta program dan peluang pekerjaan, kemahiran, pengetahuan dan teknologi perlu selamat dan selesa untuk warga tua.

“Kemudahan, perkhidmatan dan peluang yang ada harus sensitif kepada gender dan boleh diterima warga tua. Kemudahan dan perkhidmatan yang selamat, selesa dan mudah diakses akan membantu warga tua bersosial dalam suasana yang sihat dan selamat.

“Keadaan ini juga boleh menggalakkan mereka menyumbang kepada masyarakat,” kata Musa dalam ucapannya ketika merasmikan ‘Seminar Gender’ anjuran bersama Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Konrad Adenauer Stiftung, di sini hari ini.

Teks ucapan Musa dibacakan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.

Menurut Musa, selain mengkaji semula kemudahan dan perkhidmatan untuk warga tua, isu lain membabitkan mereka seperti kewangan, kesihatan, keluarga serta hubungan sosial dan teknologi juga wajar diberi perhatian.

Ketua menteri itu berkata terdapat kes warga tua yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sahabat dan jiran kerana penyakit, masalah kewangan dan kemiskinan.


Katanya walaupun ada bantuan daripada kerajaan, ia tetap tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan mereka.

“Persaraan adalah masa berehat tetapi untuk berdepan masalah kewangan pasti akan meningkatkan tekanan sehingga mereka tidak dapat berehat. Di Malaysia, kekurangan simpanan persaraan menjadi kebimbangan,” katanya.

Musa berkata satu kajian mendapati kebanyakan warga tua di Malaysia menerima wang daripada anak mereka selain wang pencen atau pendapatan menerusi pelaburan.

Katanya, sejumlah besar warga tua pula mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM20,000 setahun, malah ada yang di bawah paras kemiskinan.

Oleh itu, Musa berkata seminar tersebut adalah bertepatan dan mampu memberi input dan idea yang berguna untuk membimbing semua pihak bersedia menghadapi cabaran baharu melibatkan warga tua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori