Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Muhammad Hakimi Raih Emas...

SINGAPURA - Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan...

1 Maut, 4 Cedera...

NEW YORK - Seorang terkorban manakala empat lagi anggota bomba cedera ringan dalam...

Kesaksamaan Penulisan Berita Sumbang...

KUALA LUMPUR – Penulisan berita di negara berbilang kaum tanpa menjejaskan perpaduan masyarakat...

BN Terbuka Terima Parti...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) terbuka menerima mana-mana pihak yang yakin dengan...

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Terapung Di Tali Air

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki dua tahun ditemui terapung di tali air di hadapan rumahnya di Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong, dekat Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata mayat Adam Amin Jefri dijumpai pada pukul 3 petang kira-kira 60 meter dari rumah datuknya.

Mangsa sebelum itu dipercayai mengikut datuknya yang berusia 67 tahun, memetik rambutan di hadapan rumah, berhampiran tali air berarus perlahan berkedalaman kira-kira tiga kaki.

“Pada kira-kira pukul 12 tengah hari, mereka pulang ke rumah dan tidur. Ketiadaan mangsa selepas itu tidak disedari datuknya.

“Datuknya hanya sedar apabila dimaklumkan penduduk kampung menjumpai mayat mangsa terapung di tali air berhampiran pokok rambutan itu,” kata Abdul Wahib dalam kenyataan di sini hari ini.


Mangsa yang tinggal bersama datuknya, disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Parit Sulong.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu dilakukan di Hospital Sultanah Nora Ismail, dekat Batu Pahat pagi ini, kata Abdul Wahib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori