Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kecoh Jurufoto NSTP Dipukul...

KEKECOHAN  berlaku ketika media membuat liputan pengebumian jenazah mangsa tragedi MH 17 apabila...

23 Sekolah Di 6...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 23 sekolah di enam daerah...

‘SimetriSiti’ Buah Tangan Terkini...

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal kembali dengan...

Reman Pegawai Jabatan Kerajaan...

MELAKA - Reman terhadap seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar...

Kasih Guru, Berkejar Jemput Calon UPSR Ke Dewan

SEKEPING gambar ini mampu menceritakan segala-galanya, bagaimana kasihnya seorang guru kepada anak muridnya, dari kalangan Orang Asli di sebuah sekolah di Kelantan minggu lalu.

Menerusi gambar yang tersebar viral menerusi laman sosial, ramai yang berasa tersentuh melihatkan seorang guru yang bergegas menjemput anak muridnya yang terlewat menghadiri peperiksaan UPSR.

Nampak lagaknya seperti guru tersebut yang lebih bersemangat daripada calon UPSR itu sendiri, mungkin kerana tak mahu anak muridnya terkandas di tengah jalan.

Sambil memegang alat tulis, guru wanita itu terus membawa anak muridnya itu ke dewan peperiksaan.

Netizen yang memuat naik gambar tersebut juga mengakui ia bukanlah gambar darinya sebaliknya mengambil dari sebuah grup lain.

“Sebab itu jangan hanya menilai keburukan guru, tetapi lihatlah di sebalik keburukan itu, pasti terselit seribu satu kebaikan yang kami sendiri tidak tahu…”


Kasih Guru, Berkejar Jemput Calon UPSR Ke Dewan

Begitulah yang ditulis oleh netizen ini. Ucapan tersebut mungkin ditujukan buat ibu bapa moden pada zaman ini yang sering menyalahkan guru atas apa jua yang terjadi kepada anak mereka dalam pelajaran dan juga sekolah.

Kepada ibu bapa di luar sana, bukalah mata dan minda jangan hanya tahu menyalahkan guru atas apa yang berlaku kepada anak anda. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori