Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rafizi Dakwa Peserta ‪#‎kitalawan‬...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa perhimpunan...

Tiga Pekerja Kilang Ais...

KUALA KANGSAR - Tiga pekerja nyaris maut apabila terhidu gas ammonia ketika sedang...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter berlaku...

Jadual Padat Menanti PM...

NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai jadual padat pada sesi...

KBS Sasar 6 Juta Penyertaan HSN 2016 – Khairy

SUNGAI PETANI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan enam juta penyertaan pada Hari Sukan Negara (HSN) 2016 yang akan disambut pada 8 Oktober depan. Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata ini susulan sambutan memberangsangkan pada HSN tahun lepas yang menerima kira-kira lima juta penyertaan.

“Tahun lepas, KBS menyasarkan tiga juta penyertaan namun ia melepasi jumlah itu apabila kira-kira lima juta orang menyertai HSN 2015,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan HSN 2016 berjumlah RM1.5 juta kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di 15 kawasan Parlimen Kedah di sini, hari ini.

Beliau berharap sasaran itu mampu dicapai sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan dan mengurangkan masalah kesihatan serius seperti kencing manis,jantung, darah tinggi dan obesiti.

“Penyakit ini dapat dielak kerana ia berkaitan gaya hidup…hanya kira-kira 40 peratus rakyat negara yang bersukan tiga kali seminggu manakala 60 peratus lagi tidak berbuat demikian,” katanya.


Khairy berkata melalui aktiviti bersukan di peringkat akar umbi, ia mampu melahirkan lebih ramai atlet yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

“Dari peringkat kampung atau pedalaman, mungkin akan melahirkan atlet peringkat kebangsaan yang seterusnya boleh mengharumkan nama negara seperti Pandelela Rinong Pamg dan Mohd Azizulhasni Awang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori