Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nabil Ahmad Jelaskan Isu...

KUALA LUMPUR - Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina...

Bantuan JUITA Kurangkan Beban...

JOHOR BAHRU - Bantuan keperluan asas dan wang saku oleh Pertubuhan Badan Amal...

Malaysia Belasah Kazakhstan 16-2...

JAKARTA - Malaysia membelasah pasukan kerdil, Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan Kumpulan B...

Floria Diraja Putrajaya Dijangka...

PUTRAJAYA - Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka...

Kecoh Pocong Muncul Di Jalan Raya Sunyi Jeli

KOTA BHARU – Media sosial baru-baru ini menjadi kecoh dengan cerita seorang pemandu yang ternampak pocong semasa memandu di jalan raya yang sepi di Jeli.

Portal berita The Star Online melaporkan lelaki itu sedang memandu di Bukit Balah pada 3.20 pagi pada 5 September lalu dan terkejut apabila ternampak jenazah yang siap dikafankan terbujur betul-betul di tengah jalan raya berkenaan.

Dia kemudian segera memberhentikan keretanya dan menjerit meminta tolong akibat ketakutan. Dua penduduk kampung bergegas datang membantu dan berlari ke tempat kejadian untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Namun, menurut laporan The Star Online lagi, jenazah tersebut tiba-tiba dikatakan mampu ‘bangun dan melompat’ sendiri lalu hilang begitu sahaja dalam suasana kegelapan malam pekat.

Kecoh Pocong Muncul Di Jalan Raya Sunyi Jeli

Jarak antara lokasi kejadian berkenaan dengan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu ialah kira-kira 93 kilometer atau hampir dua jam perjalanan jika memandu kereta atau sekitar 367 kilometer dari ibu negara, Kuala Lumpur.


Media sosial turut heboh dengan gambar pocong dan aduan polis yang dibuat oleh seorang lelaki bernama Mohd. Yusuke Yahya dengan menyatakan dalam laporan bahawa dia bekerja sebagai seorang pegawai Jabatan Perikanan.

Bagaimanapun, The Star Online melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Yusof Jaafar menegaskan bahawa insiden aneh sedemikian sebenarnya langsung tidak pun berlaku.

“Saya menasihati orang ramai supaya jangan percaya cerita sebegini. Kami tidak menerima sebarang aduan dan akan ambil tindakan terhadap sesiapa saja yang cuba ganggu kententeraman awam,” kata beliau pada Jumaat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori