Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Budayakan Sains & Inovasi,...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa masyarakat menjadikan...

Generasi Z Bantah Korea...

SEOUL: Korea Selatan mahu memperkenalkan tempoh bekerja selama 69 jam setiap mingggu kepada...

Nilai Barang Rampasan Dibuat...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nilai...

Lawatan Kerja YB Menteri...

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin selesai melaksanakan lawatan kerja ke luar...

Lelaki Bayar Motor Idaman Guna Duit Syiling

SEORANG lelaki di Indonesia mengejutkan sebuah premis menjual motosikal apabila datang untuk membeli sebuah motor dengan cuma menggunakan duit syiling 1,000 rupiah (RM0.30).

Lelaki dari Depok, wilayah Jawa Barat, yang dikenali sebagai Setiadi itu berhasrat untuk membeli sebuah motosikal idaman jenis Honda All New CBR150R bernilai 32 juta rupiah (RM10,218).

Lelaki Bayar Motor Idaman Guna Syiling

Menurut laman Kompas Otomotif, beberapa penjual atau dealer motosikal pernah menolak permintaan Setiadi untuk berurusan dengannya.

”Sudah tujuh dealer yang menolak saat dihubungi melalui telefon. Dirasakan saya main-main sebelum penjual Honda Moto Care mahu berurusan dengan saya,” katanya.

Tambah laman itu, Setiadi membawa syiling berkenaan dalam tong cat seberat 25 kilogram dan 14 karung plastik hasil pengumpulannya selama 5 tahun.

Lelaki Bayar Motor Idaman Guna Syiling

“Lelaki berusia 46 tahun itu memberitahu, dia mengumpul wang syiling berkenaan selama lima tahun untuk membeli motosikal idamannya itu.


“Wang berkenaan adalah saki baki daripada wang yang digunakan untuk membayar tol atau perbelanjaan dari ahli keluarga,” jelasnya.

Menurut seorang jurujual di premis tersebut, Mia Sisila, dia dan kakitangan yang lain terpaksa mengira jumlah wang berkenaan sejak 26 September lalu dan itu pun masih lagi belum selesai.

“Kami menjangkakan wang syiling ini siap dikira dalam tempoh dua hari,” ujarnya.

Jelas laman tersebut, Setiadi akan menerima motor idamannya setelah semua proses pengiraan itu selesai dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori