Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Turut Beli Vaksin...

PUTRAJAYA - Selepas vaksin keluaran Pfizer, Malaysia meneruskan usaha mendapatkan bekalan vaksin dari...

Harga Minyak Masak 5KG...

Kuala Lumpur : Harga minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun...

Lampu Isyarat Kesalahan Dikenakan...

IPOH - Hanya dua daripada 21 kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Sistem Keselamatan...

Wisma Putra, Bantu Ibu...

Seorang ibu berharap Wisma Putra akan membantu membawa kembali anaknya yang diculik oleh...

Kejam… Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

BEBERAPA keping gambar tersebar menerusi media sosial China memaparkan tindakan sadis oleh seorang wanita yang memperlakukan teman lelakinya seperti anjing.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, seorang wanita memakai baju paras paha warna biru dilihat mengikat dan menarik teman lelakinya seperti haiwan peliharaannya.

Apatah lagi, lelaki yang lengkap berpakaian itu disuruh merangkak menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya di khalayak ramai.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan kejadian itu berlaku di Fuzhou, wilayah Fujian pada 9 September lalu.

Kejam... Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

Kejam... Lelaki Diikat Dan Diperlakukan Seperti Anjing

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Lian, tindakan tidak bermaruah wanita itu menjatuhkan air muka pasangannya selain menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan kerana ramai yang berhenti untuk melihat kejadian itu.

Pihak polis terpaksa dihubungi untuk menangani kesesakan yang berlaku.


Pun begitu, wanita berkenaan berjaya dipujuk untuk melepaskan mangsa daripada terus diperlakukan sedemikian rupa.

Foto -foto yang tersebar di laman Weibo dengan tajuk ‘Kejadian sekitar Fuzhou’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

Salah seorang daripada netizen menulis: “Bayangkan, bagaimana perasaan ibu bapa mereka yang melihat kejadian ini.”

Manakala seorang lagi berkata: “Di mana maruah seorang lelaki?”.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak memberitahu kenapa wanita berkenaan bertindak sedemikian ke atas teman lelakinya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori