Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Pecat 2...

DUBAI - Arab Saudi memecat dua pegawai kanannya selepas mengakui wartawan yang hilang,...

10 Suspek Bookie Lumba...

KUANTAN - Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai bookie lumba kuda...

Loke, Saifuddin, Dzulkefly Anggotai...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga nama mewakili gabungan itu dalam...

MARA Serah Dokumen Beli...

PUTRAJAYA - Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa tampil sendiri menyerahkan beberapa dokumen...

Kejayaan Atlet Suatu Inspirasi Bagi Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ceritera kejayaan atlet Olimpik dan Paralimpik di Rio, Brazil dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Beliau berkata komitmen, dedikasi dan kualiti yang ditunjukkan oleh para wira dan wirawati negara boleh dijadikan rangsangan kepada rakyat untuk menggapai impian mereka.

“Sukan merupakan salah satu faktor penyatuan rakyat dan boleh menaikkan semangat rakyat sesebuah negara.

“Saya tahu kerana setiap kali saya tweet mengenai sukan, saya dapat respons berlipat ganda, tetapi kalau (tweet) politik, kurang (respons),” katanya ketika berucap pada majlis penghargaan wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 anjuran UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pada majlis itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO turut menyampaikan sumbangan daripada UMNO kepada 12 atlet yang mendapat pingat di Olimpik dan Paralimpik.

Pemenang pingat emas menerima RM30,000; RM20,000 bagi pingat perak dan RM10,000 bagi pemenang pingat gangsa.


Najib berkata parti itu juga mahu melakukan sesuatu dalam memberikan penghargaan kepada atlet negara kerana turut mempelopori dasar-dasar termasuk pembangunan sukan di negara ini.

“Sesiapa yang berjaya di bawah naungan dasar-dasar dipelopori UMNO dan Barisan Nasional (BN), kejayaan itu adalah kerana dasar-dasar yang digubal UMNO dan BN,” katanya.

Beliau turut meminta setiap pihak untuk terus memberikan penghargaan kepada atlet negara yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori