Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Bas Hentian Putra...

KUALA LUMPUR - Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan...

Pensyarah Subjek Matematik Paling...

APA agaknya reaksi penuntut-penuntut di kolej sekiranya mendapat tahu pensyarah mereka ialah seorang...

AirAsia, FireFly Sindir Malindo...

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses...

Tuntutan Masyarakat Orang Asli...

KOTA BHARU - Banyak tuntutan yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli yang mengadakan...

Kementerian Nafi Anjur Program 1 Ayah 2 Ibu

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan menganjurkan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang sedang dihebahkan orang ramai menerusi media sosial.

KPWKM dalam satu kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini berkata, kementerian itu kesal dengan penyalahgunaan nama, logo serta laman sesawang rasmi kementerian berkenaan di dalam hebahan poster tersebut.

“Poster itu sebenarnya telah mula tersebar melalui laman-laman sosial pada Ogos tahun lalu namun ia masih lagi dikesan dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga hari ini.

“Susulan daripada itu, KPWKM telah membuat laporan polis dan aduan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan terperinci,” kata kenyataan itu.

Kementerian Nafi Anjur Program 1 Ayah 2 Ibu

Difahamkan, poster palsu itu disebarkan konon sebagai usaha pihak kerajaan untuk menggalakkan suami berpoligami dan membantu ramai wanita yang masih bujang akibat sibuk bekerja agar dapat berkahwin.


Sehubungan itu, pihak KPWKM menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru supaya berhenti untuk menyebarkan pula segala hebahan awam berkenaan kepada pihak lain.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penyebaran poster ini kepada alamat emel [email protected],” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori