Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU14: Tip Cara Mengundi...

PUTRAJAYA - Apabila memperkatakan mengenai cara mengundi, yang sentiasa terbayang dalam fikiran adalah...

Pasangan Warga Emas, Anak...

DUNGUN - Pasangan warga emas dan seorang anak lelaki mereka ditahan kerana dipercayai...

Hasil Perjuangan Seminggu –...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pentadbiran kerajaan yang baharu...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini...

Kementerian Nafi Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial.

Kenyataan kementerian tersebut di sini hari ini menyebut siasatan yang dijalankan Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati soalan seperti yang tersebar di media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam kertas UPSR 2016.

Menurut kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan disediakan oleh LP telah melalui proses penilaian bagi memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori