Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Insentif Perlu Diberi Kepada...

BAGAN SERAI - Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional diminta memberikan insentif dalam...

Majlis Presiden PH Dicabar...

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak membuat ketetapan jelas mengenai...

Tiada Cadangan Batalkan Cukai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai...

Liwat Pelajar Tahfiz, Warden...

KANGAR - Seorang warden asrama dijatuhi hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan...

Tidak Akan Mohon Lebihan Dana Dalam Bajet 2017

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan memohon lebihan dana bagi sektor pertanian dalam bajet 2017 memandangkan keadaan hasil negara yang berkurangan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebaliknya pihaknya akan memfokuskan pemberian dana kepada sektor-sektor tertentu seperti industri tenusu yang dapat meningkatkan ekonomi negara.

“Sekarang bukan masa terbaik untuk meminta lebih banyak dana kerana kita tahu bahawa hasil negara yang berasaskan kepada minyak dan gas agak berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 kepada para pemenang di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata sektor industri tenusu tempatan perlu diberikan perhatian memandangkan Malaysia masih bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan bekalan dan nilai import sektor tersebut melebihi nilai eksport.

Menurutnya, setakat ini defisit import negara berjumlah RM18 bilion bagi makanan ternakan.

Beliau berkata walaupun keadaan ekonomi yang mencabar sekarang untuk menghasilkan susu tempatan namun ia adalah satu usaha yang bagus dan kementerian berkenaan akan memberi sokongan kepada industri tersebut.


Sehubugan itu, katanya, kementerian tersebut akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan serta kerajaan negeri bagi menubuhkan Majlis Tenusu untuk mengembangkan sektor tersebut.

“Dengan menghasilkan susu tempatan, kita bukan sahaja dapat meningkatkan penggunaan barangan tempatan, malah membantu menyumbang kepada ekonomi negara kerana permintaan sudah ada,” kata Ahmad Shabery.

Sementara itu, seramai tujuh usahawan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani dalam Anugerah Agropreneur Agrobank 2016 atas kejayaan menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti, produktif dan berdaya saing.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Agropreneur Muda, Agropreneur Wanita dan Agropreneur Inovasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori