Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dr Muhammed Abdul Khalid...

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri melantik Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat...

SPR Sah PH Hanya...

RASMI... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) cuma memperoleh 79...

Penyokong Liverpool Kritikal Diserang...

KECOH... Seorang penyokong Liverpool diserang teruk oleh sekumpulan penyokong AS Roma di luar...

Perlis, Kedah & Pahang...

PUTRAJAYA - Negeri Perlis, Kedah dan Pahang memerlukan pembenihan awan untuk mengurangkan kesan...

Kepingan Logam Padan Tong Dram Berisi Mayat Kevin

KUALA LUMPUR – Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kepingan logam yang diperiksanya berpadanan dengan tong dram yang digunakan untuk mengisi mayat Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Ahli kimia Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia, Saiful Fazamil Mohd Ali berkata pada kepingan logam itu juga terdapat cat berwarna hijau, putih dan merah serta kesan konkrit.

“Kepingan logam tersebut yang telah berkarat berlabel “Petronas Lubricant” berukuran 174 sentimeter panjang dan 87 sentimeter lebar, konsisten dengan dinding tong dram yang telah dibelah buka,” katanya.

Saiful Fazamil, 41, berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari Ke-28 kes pembunuhan Kevin Morais.

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata pemeriksaan dilakukan di stor barang kes di Taman Fadason, Jinjang Utara Tambahan Kepong, di sini pada 11.40 pagi, 29 September 2015, diiringi seorang anggota polis, Sarjan Azman Muda.

Saiful Fazamil berkata barang kes itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said pada 10.30 pagi, 2 Dis 2015.

Dalam perbicaraan pada 20 Sept lalu, Anggota Pasukan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, ASP Badrul Hisyam Abd Hamid memberitahu sebuah tong dram ditemui di dasar sebuah paya berisi air berwarna hitam dan busuk di Subang Jaya.


Tong dram tersebut adalah tong yang digunakan untuk mengisi mayat Kevin Morais.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, Nimalan dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 17 Oktober. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori