Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Persiapan Resepsi TMJ,...

Hari ini akan berlangsung resepsi perkahwinan di Raja antara Tengku Mahkota Johor dan...

Netizen Tertipu, Sheeda ‘Serang’...

KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu...

Lelaki Siput Kendong`Rumah’ Selama...

China – Lelaki siput. Itu gelaran diberikan kepada Liu Lingchao yang membawa `rumah’...

Premis YaPIEM Gold Dibuka...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) bakal mengadakan kerjasama dengan...

Tindakan OPEC Lonjak Industri O&G – Matrade

KUALA LUMPUR – Keputusan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran minyak, dapat membantu mengatasi lebihannya dalam pasaran minyak dan gas (O&G) selain memberi pulangan kepada industri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata langkah itu turut membolehkan negara pengeluar mendapatkan harga saksama untuk pengeluar serta pengguna selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Pada masa sama, kita juga menyarankan lebih banyak penggiat tempatan untuk memanfaatkan peluang di pasaran O&G antarabangsa, mengemukakan inovasi dan teknologi terkini kerana kita yakin dengan keupayaan syarikat Malaysia untuk muncul sebagai peneraju industri ini,” katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Pameran Minyak, Gas dan Kejuruteraan Petrokimia Asia Ke-16 (OGA17).

Semalam, pihak OPEC mencapai persetujuan yang disifatkan sebagai bersejarah apabila memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak daripada 33.24 juta tong sehari kepada antara 32.5 juta hingga 33 juta tong sehari.

Dzulkilfli berkata, biarpun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, beliau yakin sektor O&G tempatan akan kekal menjadi hab bagi industri itu selain terus menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Malah, pada hari kedua Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak & Gas Malaysia Kali Ketiga 2016 (MOGSEC 2016) di sini, kita berjaya mencatat potensi jualan sebanyak RM385 juta iaitu melangkaui sasaran awal sebanyak RM250 juta.


“Ini menunjukkan bahawa industri O&G ini masih berpotensi besar dan akan terus mencatat pertumbuhan,” katanya.

MOGSEC 2016 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini, menghimpunkan lebih 95 penyedia perkhidmatan O&G Malaysia serta mengetengahkan teknologi, peralatan dan jentera terkini bagi industri minyak, gas dan kejuruteraan petrokimia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori