Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Runcit Petrol RON97...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 20 sen kepada paras RM3.55 seliter...

Momen Ala-Ala Marilyn Monroe...

ISTERI kepada Putera William, Kate Middleton melalui momen ala-ala seperti yang berlaku kepada bintang...

Ada Dalang Punca ADUN...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor mengesyaki ada parti politik tertentu menjadi...

Penumpang Uber Parah Bertembung...

MELAKA - Seorang penumpang wanita yang menggunakan perkhidmatan Uber parah selepas Perodua Myvi...

Kerajaan Serius Kekang Ancaman Daesh – Masir

KUALA LUMPUR – Penahanan lebih 100 suspek disyaki terlibat kegiatan Daesh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menunjukkan kerajaan serius mengekang ancaman kumpulan pengganas itu yang semakin agresif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata kerajaan akan terus komited memerangi mereka daripada terus menyebarkan ideologi dan propaganda Daesh di negara ini yang juga merupakan ancaman global.

“Selain itu, masyarakat juga perlu bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam keadaan dunia yang tidak menentu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Dan Pameran Keselamatan Dan Kebakaran Asia Tenggara (IFSEC) 2016 di sini, hari ini.

Masir juga berkata peningkatan ancaman keganasan di negara sejak kebelakangan ini perlu dilihat dengan lebih serius dari segi pencegahan dan cara menghadapi serangan.

“Ini dapat dibuktikan menerusi kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat melalui perjanjian Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC) dalam meningkatkan proses pertukaran maklumat intelligence (risikan),” katanya.


Perjanjian itu membolehkan pertukaran maklumat biografi pengganas yang diketahui dan disyaki, selain memfokuskan kepada pengesanan pencegahan dan penyiasatan jenayah berat dengan lebih berkesan.

“PDRM juga akan terus meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat dalam memerangi Daesh yang diketuai oleh Bahagian Counter Terrrorism Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Pameran dan persidangan tiga hari itu yang bermula semalam anjuran United Business Media (UBM) turut mempamerkan produk teknologi dan perkhidmatan terkini berkaitan keselamatan komersil, perlindungan daripada kebakaran, perlindungan data, produk keselamatan siber serta penyelesaian oleh lebih 350 syarikat daripada 42 buah negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori