Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kastam Sabotaj Najib Isu...

TULAR... Pendedahan ini bukan dibuat oleh calang-calang orang malah individu ini diketahui amat...

Penyokong Perak Cedera Dibaling...

IPOH - Seorang penyokong Perak cedera di bahagian kepala apabila bas yang membawa...

Pentingnya Matlamat Pendidikan Untuk...

KUALA PILAH – "Buat apa belajar sampai universiti kalau balik duduk kampung. Baik...

Lelaki Umur 74 Tahun...

Berkshire - Meskipun sudah berusia 74 tahun dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan...

Kerani Akaun Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM1,500

KUALA LUMPUR – Seorang kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian berjumlah RM1,500 terhadap majikannya, Februari lepas.

Law Hooi Yee, 30, yang telah diamanahkan ke atas wang kutipan bayaran itu daripada seorang pelanggan bernama Tan Yoke Meng, 51, didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan tidak menyerahkan wang berkenaan kepada majikannya iaitu Syarikat Truly Asia Travel Sdn Bhd.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di 82-2, Wisma Fujian, Jalan Changkat Thambi Dollah di sini, 17 Februari lepas.

Law dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Hasbullah Adam membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merompak seorang wanita di laluan pejalan kaki berdekatan tempat letak kereta pusat beli belah Lot 10, Bukit Bintang di sini, 11 Sept lepas.


John Anak Tunie, 34, seorang bekas banduan yang memiliki tiga rekod jenayah lampau didakwa merompak Nurul Aqilah Subhan, 23, dengan merampas sebuah telefon bimbit jenis Samsung Note 3 milik wanita itu pada 10.45 malam, tiga hari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Kamarul Aris tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin dan mengambil kira faktor tertuduh telah dihukum sebanyak tiga kali sebelum ini.

Hasbullah menetapkan 27 Sept ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori