Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Keluarga Hilang Tempat...

KUALA NERUS - Empat keluarga hilang tempat berlindung selepas kediaman mereka musnah dalam...

Blogger Seks, Alvin Tan...

Marah ada, geram pun ada bila melihat blogger seks Alvin Tan terus-terusan menghina...

Ketum Perlu Segera Diletak...

KUALA LUMPUR - Penyalahgunaan daun ketum termasuk yang diproses menjadi air rebusan perlu...

Lelaki Rentung Dalam Kereta...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki rentung selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbakar...

Kes Hina Arwah Haron Din: Jeff Ooi ‘Serah Diri’

JEFF Ooi Chuan Aun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani, George Town, Pulau Pinang hari ini bagi memberi keterangan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am PAS, allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Jelutong tiba kira-kira pukul 2.40 petang bersama-sama peguamnya, RSN Rayer yang juga ADUN DAP Seri Delima.

Sejak Jumaat lalu, beliau dikritik selepas didakwa memuat naik status, ‘Adios Harun Din. Let There Be Peace’ dalam akaun Twitter-nya dan berikutan insiden itu, Jeff Ooi telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Beliau kemudian menafikan catatan di Twitter-nya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran Jeff Ooi tersebut.


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Jeff Ooi untuk menyerah diri kepada pihak polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja dengan niat melukakan perasaan seseorang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori