Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hanya 736 Taska Rumah...

MARAN - Masih ramai individu yang menjalankan perkhidmatan menjaga kanak-kanak di rumah di...

230 Paus Terdampar Di...

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini...

Kim Swee Mahu Pemain...

INCHEON - Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee mahu...

Ekonomi Jepun Terjejas Akibat...

EKONOMI Jepun menguncup pada suku ketiga apabila bencana alam mula menjejaskan perbelanjaan dan...

Kes Pertama Wanita Hamil Sah Positif Virus Zika

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mula mengesahkan kes pertama wanita hamil yang dijangkiti virus Zika.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam Sathasivam berkata wanita berusia 27 tahun itu diuji positif dijangkiti Zika pada 6 September di Johor Bahru, Johor menurut laporan New Straits Times.

Pada 1 September, Malaysia mengesahkan kes pertama jangkitan virus Zika apabila seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang, Selangor diuji positif dijangkiti virus Zika setelah pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

Pada 3 September lalu, Subramaniam mengesahkan kes pertama jangkitan tempatan virus Zika melibatkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Sabah.

Bagaimanapun, pesakit tersebut kemudian meninggal dunia disebabkan masalah berkaitan jantung.

KKM menyatakan, sejak virus Zika dikesan di negara itu, jumlah kes dijangka semakin meningkat “lebih-lebih lagi jika langkah-langkah pencegahan nyamuk Aedes tidak dipandang serius oleh masyarakat, individu dan agensi lain yang relevan”.


Pihaknya sudahpun memulakan kawalan vektor termasuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, jejentik dan menjalankan pengabutan di kawasan perumahan dan lokasi sering para pesakit kunjungi.

Jangkitan virus Zika dalam kalangan wanita hamil dipercayai menyebabkan mikrosefali – iaitu kecacatan lahir pada bayi di mana saiz kepala lebih kecil daripada biasa – serta kecacatan-kecacatan lain pada bahagian otak.

Kaitan antara virus Zika dengan mikrosefali mula dikesan pada tahun lalu di Brazil, yang sejak itu mengesahkan lebih 1,800 kes mikrosefali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zika

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori