Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gunting Lidah: JPN Beri...

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan terus memberi bimbingan dan...

Anak Derhaka B@b!kan Mak...

Walau bagaimana layanan seorang ibu pada anaknya, kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan tak...

Hebat… Aksi Polis Ini...

SEKEPING gambar yang memaparkan aksi hebat seorang anggota polis sedang memberkas seorang peragut...

JDT Nafi Bayar RM5...

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menafikan pasukan itu...

Kes Zika Belum Ada Impak Pada Industri Pelancongan Negara

PORT DICKSON – Belum ada lagi impak kes Zika pada industri pelancongan negara setakat ini , kata Pengarah Tourism Malaysia (Bahagian Promosi Domestik) Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Beliau berkata ini mungkin kerana kes itu sedikit yang mana setakat ini hanya terdapat dua kes Zika disahkan di Malaysia iaitu di Selangor dan Sabah.

“Kes Zika ini boleh berlaku di mana-mana pun dan oleh itu kita perlu berhati-hati dan memantau keadaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian seminar Jejak Perwira 2016 oleh Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail di Auditorium Muzium Tentera Darat di sini, hari ini.

Beliau yakin Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan virus Zika.

Katanya antara tindakan segera bagi membendung wabak Zika adalah dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes, selain mewujudkan rangkaian pemantauan dan laporan yang efektif.

Virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti yang turut membawa penyakit denggi dan chikungunya.


Sementara itu, katanya dari segi pelancongan domestik, seramai 62.7 juta orang rakyat Malaysia melancong dalam negara sendiri pada tahub lepas (2015) iaitu peningkatan 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Walaupun ketibaan pelancong asing ke negara kita menurun tahun lepas tetapi kita dapati rakyat negara ini melancong dalam negara sendiri. Jadi kita tahu orang kita tidak berkunjung ke luar negara sangat…mereka melancong dalam negara sendiri.

Malah, dalam Matta Fair minggu lepas banyak penjualan terhadap pelancongan domestik sendiri. Kita dapat mencapai RM5.7 juta jualan pada tiga hari Matta Fair baru-baru ini,” katanya.

“Dari situ kita dapati budaya melancong dikalangan rakyat Malaysia itu memang ada. Oleh kerana sekarang keadaan ekonomi global tidak begitu memberangsangkan, mereka menangguhkan perjalanan ke luar negara, tapi sebaliknya melancong dalam negara sendiri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori