Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga Thailand Ditahan...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menghantar...

Misha Omar Hamil, Enggan...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Misha Omar yang kini sedang hamil cahaya mata sulung. Penyanyi...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka...

VIDEO: Tu Dia… Leader...

Nampaknya, tak sudah-sudah cerita yang melibatkan perniagaan berkonsepkan multi-level marketing (MLM) heboh di laman...

Kisah Rezeki Dipilih Jadi Tetamu Allah

ALANGKAH gembira rasanya hati apabila diberikan peluang menunaikan rukun Islam kelima selepas penantian selama tiga tahun berakhir.

Itu yang terjadi kepada Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim yang menceritakan pengalaman peribadinya dalam buku Cerita haji Wartawan Al-Quran: Tuhan Kami Datang.

Asalnya panggilan untuk menunaikan haji daripada pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2013, adalah berita yang mengembirakan kepadanya.

Namun terpaksa ditolak kerana tidak sempat membuat sebarang persediaan dalam tempoh empat hari sebelum rombangan tersebut bertolak.

Setahun kemudian, musim haji 2014 tiba, selepas makluman permohonan haji daripada UIAM dibuka, Abdullah bersama isterinya antara yang terawal memohon dan kali ini lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Kemudian, kami dikhabarkan yang kami tidak terpilih untuk menunaikan haji kerana kedutaan Arab Saudi hanya memberikan 50 visa ihsan sahaja kepada pihak UIAM.

“Kami tetap berharap kejadian seperti tahun lalu berulang,” katanya.

Pasangan ini tidak berputus asa dan pada 2015, mereka tidak putus-putus berdoa semoga nama mereka disenaraikan sebagai tetamu Allah.

Nampaknya, peluang untuk pasangan ini cerah apabila menyertai kursus haji perdana anjuran Tabung Haji yang diadakan di Masjid UIAM.


Namun, sekali lagi menerima perkhabaran sedih apabila pihak kedutaan Arab Saudi hanya menyediakan 20 visa untuk UIAM sedangkan nama mereka tersenarai di tangga ke-56.

“Saya terus berdoa, Ya Allah, angkatlah nama kami berdua suami isteri dan nama kawan yang lain supaya dapat kami bersama-sama menunaikan haji dalam masa terdekat. Bantulah kami semua supaya dijemput ke sana,” katanya dengan menggunakan perbezaan bahasa yang lebih sedih.

Katanya, hanya orang yang pernah bersedih mampu merasai kesedihan orang lain kerana ‘rindu’ untuk ke Makkah.

Akhirnya, pada September 2015, melalui seorang kenalan, Ustaz Abdullah menghubungi sebuah syarikat yang menawarkan pakej haji swasta.

“Beliau memberikan kami harga visa swasta yang sangat istimewa. Saya sangat terkejut dengan bantuan Allah ini.

“Subhana Allah! Kesan doa itu bagaikan halilintar menerobos dan menembus awan.  Allah SWT terus membuka ruang untuk kami semua mendapat peluang dijemput ke Makkah ada tahun ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori