Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Gelaran Tan Sri Pengiktirafan...

Gelaran anumerta (posthumous) 'Tan Sri' yang dikurniakan kepada bekas menteri besar Kelantan Nik...

Hafifi Pecah Rekod Kebangsaan

RIO DE JANEIRO - Badang negara, Mohd Hafifi Mansor memecahkan rekod kebangsaan berusia...

PLUS Cadang Bina Kapsul...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna...

Sewa Cincin Berlian Hampir...

KETIKA kebanyakan lelaki menghabiskan masa selama berjam-jam untuk memikirkan tentang cincin pertunangan yang...

Kisah Viral Wanita Pinang Sahabat Untuk Dijadikan Madu

UNGKAPAN ‘wanita mana yang rela dimadukan’ mungkin sudah tidak sesuai lagi digunakan.

Ini kerana seorang wanita bernama Ida Nirwana Marzuki membuktikan tiada yang mustahil, malah dia sendiri yang mengimpi hidup bermadu.

Lebih mengejutkan, individu yang menjadi madunya bukanlah sesiapa tetapi sahabatnya sendiri yang sudah dianggap sebagai kakak.
14480554_1122503814502634_6465548462172750022_o

Menurut Ida, 26, dia memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan Norinie Rahmad, 35, sebagai madunya kerana merasakan ia pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.

Jelasnya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie yang juga merupakan yatim piatu itu.

“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

“Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.

“Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama ‘didi’.

“Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau kembali detik perkenalan bersama madunya, Ida memberitahu, mereka bertemu awal Mei tahun lalu selepas menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

Sejak itu, hampir setiap hari mereka termasuk suaminya keluar bersama. Hinggakan hubungan akrab itu membuatkan dia menganggap Norinie sebagai kakak sendiri.


Tambahnya, mereka turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi rumahnya berdekatan dengan kediaman madu.

Selain itu, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

“Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

“Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji wanita ini atas pengorbanannya yang sanggup hidup bermadu dengan sahabatnya sendiri.

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori