Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PU Sendayan Bawa Transformasi...

SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara (PU)...

Bercinta Isteri Orang, Lelaki...

SEREMBAN - Angkara menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki diculik sebelum...

Maksiat Ramadan, 5 Pasangan...

SERDANG - Mengaku berpuasa, namun ditemui dalam keadaan berdua-duaan di dalam bilik hotel...

Obama ‘Crash’ Perkahwinan Pasangan...

PASANGAN pengantin baru, Brian Tobe dan isterinya, Stephanie Tobe cukup bertuah apabila dapat merasai pengalaman individu...

1988 Bukti Pentingnya Kebebasan Badan Kehakiman

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengambil contoh krisis yang berlaku pada 1988 apabila enam hakim kanan di negara ini dipecat, untuk menekankan tentang betapa pentingnya kewujudan sebuah badan kehakiman yang bebas.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata: “Sebelum 1988, badan kehakiman Malaysia dianggap antara yang paling bebas di dunia.

“Badan kehakiman Malaysia melalui tempoh bergelora semasa krisis 1988, yang membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Mahkamah Agung ketika itu, manakala lima hakim lain turut mengalami nasib serupa.”

Dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia di sini hari ini, Razali berkata kebelakangan ini, mahkamah Malaysia bersifat progresif dalam penghakimannya, dan beliau merujuk kepada satu kes pada 2009 apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hak asasi manusia perlu dilihat secara ‘prismatik’.

Katanya, keluhuran undang-undang dan pentadbiran keadilan dengan cara yang sewajarnya, di mana sebuah badan kehakiman dan profesion undang-undang yang bersifat bebas menjadi suatu prasyarat, memainkan peranan penting dalam memperjuangkan dan melindungi hak asasi manusia.


Razali juga berkata polis dan badan beruniform lain perlu memahami nilai hak asasi manusia, termasuk ketika menjaga keselamatan dan menangani keganasan.

“Kesimpulannya, polis perlu melambangkan hak asasi manusia, bukan melambangkan tindakan menakut-nakutkan, walaupun polis perlu menjadi benteng keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata program latihan Suhakam untuk agensi penguatkuasaan undang-undang terus diperluas dan kini meliputi polis, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, RELA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori