Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rooney Buat Hal Lagi,...

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur...

Misi Serampang 2 Mata...

ALOR SETAR - Pertemuan menentang Thailand esok, menjadi misi serampang dua mata buat...

PM Beri Bayangan Belanjawan...

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kerajaan akan menumpukan...

Polis Rampas 410 Kotak...

JOHOR BAHARU - Polis merampas 410 kotak berisi bunga api bernilai RM240,000 dalam...

Kucing Bantu Pelancong Sesat Di Pergunungan Swiss

GENEVA – Seorang lelaki yang tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland tidak menyangka dia akan ‘terhutang budi’ dengan seekor kucing.

Ini kerana hasil ‘bimbingan’ si comel berbulu hitam dan putih itu, lelaki warga Hungary tersebut berjaya kembali ke asrama tempat dia menginap, menurut laman berita Daily Mail.

Menceritakan kisah luar biasanya menerusi laman Reddit, lelaki itu berkata dia tersesat jalan di kawasan pergunungan di kampung kecil Gimmelwald, apabila terserempak dengan kucing yang manja itu di tepi bukit.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke asrama itu, dan satu-satunya caranya ialah menerusi satu laluan yang sudah ditutup. Di situlah saya jumpa kucing yang cantik itu.

Kucing Bantu Pelancong Sesat Di Pergunungan Swiss

“Ia lihat saya semasa saya sedang makan snek dan berehat memandangkan buku lali saya terseliuh. Sebaik sahaja bangun, kucing itu mula bimbing saya ke sebuah laluan,” tulis pengguna Reddit menggunakan nama sc4s2cg itu.


Malah, katanya lagi, kucing yang manja itu asyik memandang ke arah dia dan merenungnya seolah-olah meminta dia mengekorinya, menurut laman Daily Mail. Dengan bantuan kucing tersebut, beliau berjaya turun ke lembah gunung dan kembali ke asramanya.

Lebih unik, menurut laman berita tersebut, pelancong lain yang turut mengunjungi kawasan yang sama malah ada berkongsi gambar dan kisah mereka dengan kucing yang sama.

Kucing itu sebenarnya milik pasangan yang mengendalikan sebuah asrama berhampiran kawasan itu dan kerap berjalan bersama-sama para pelancong di kawasan tepi gunung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori