Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kreatif… Lelaki Hantar Resume...

SEORANG pemuda berusia 25 tahun dalam misi mencari kerja menggunakan kaedah lain daripada...

Portal Aduan Buli Dilancarkan...

Portal aduan buli dilancarkan hari ini bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di...

KL Dapat Plat Baharu...

SETELAH mula digunakan sejak 1974 susulan pembentukan Wilayah Persekutuan, kenderaan di Kuala Lumpur...

NIOSH Cadang Kerjasama KBS...

TAWAU - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee...

Lagi Individu Didakwa Kes Seleweng Dana Buku – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan didakwa berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua butiran pihak yang terlibat telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada lagi pihak yang akan dituduh dalam tempoh terdekat tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai bila dan siapa individu terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Azam berkata, individu yang akan dikenakan tuduhan itu bergantung kepada pertimbangan timbalan pendakwa raya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengumpulkan bukti-bukti sedia ada dan hanya menunggu keputusan dibuat oleh timbalan pendakwa raya.


Pada 25 Ogos lepas, SPRM menahan lapan orang termasuk Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak bagi membantu siasatan kes itu, manakala Pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan pada 29 Ogos, ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM.

Mustafha dan Abdul Aziz yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14,991,283.20 juta, Mac lepas, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Madihah Harullah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori