KEJAYAANÂ tiga atlet di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro yang berjaya meraih pingat emas membuka mata rakyat negara yang kini terus menerus memberikan sokongan kepada kontinjen paralimpik negara.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly adalah tiga individu yang menjadi pembakar semangat untuk rakan- rakan sepasukan meneruskan buruan pingat di temasya empat tahun sekali itu.
Hari ini, satu lagi berita gembira dari Brazil yang diterima apabila Siti Noor Lasah Mohamad Arifin berjaya layak ke peringkat akhir acara 400 meter T20 (wanita).
Biarpun bakal bersaing dengan pemilik ranking pertama dunia, Barbara Niewiedzial dari Poland, namun rakyat Malaysia nampaknya tidak melihat pingat emas sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicapai Lasah.
Dengan menggunakan #LajuLasahLaju, rakyat negara ini memberikan kata-kata semangat dan berdoa supaya kejayaan akan diperolehi atlet berusia 26 tahun itu.
“wow mungkin emas ke4 untuk msia iA sama2 doakan ✨✨ #lajulasahlaju.” kata Intan yang memuat naik kata-kata sokongannya di laman Twitter.
“Good luck Siti Nor Iasah ! Make us proud! #Paralympics #MalaysiaBoleh #lajulasahlaju,” coretan xbxm qve â€@QueIQbal7.
Lasah, yang menduduki ranking ketiga dunia, akan bertanding dalam peringkat akhir jam 4.30 pagi (waktu tempatan) Rabu (esok).
Netizen percaya Lasah akan memperolehi pingat emas yang keempat untuk negara selepas memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat sekaligus memperbaharui rekod sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014. – MYNEWSHUB.CC