Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sembilan Aduan Berkaitan Aktiviti...

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan...

Tan Sri Shafee Mengaku...

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah...

Nasib Marcote Akan Ditentukan...

KUBANG PASU - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan diadakan...

Kapal Perang Di Laut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berkata, kehadiran kapal...

Laluan Gantung Berlantai Kaca Tarikan Baharu Pulau Pinang

BAGI mereka yang sukakan cabaran, laluan gantung berlantai kaca atau Rainbow Skywalk di Pulau Pinang ini boleh dijadikan kawasan baharu untuk menguji tahap keberanian anda.

Bakal dibuka pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan kepada orang ramai, laluan gantung ini berada di ketinggian tingkat 68 bangunan Komtar, mercu tanda utama bandar raya George Town.

Jambatan yang berukuran 16 meter panjang dan berdiameter 5.5 meter tersebut malah merupakan yang terpanjang di Malaysia.

 

Laluan gantung ini, dilengkapi dengan dek pemandangan 360 darjah meliputi seluruh pusat bandar dan tanah besar Seberang Perai.

Rainbow Skywalk turut akan memberi peluang kepada pengunjung bertuah untuk melihatkan kecantikan matahari terbenam pada waktu senja.


Laluan Gantung Berlantai Kaca Tarikan Baharu Pulau Pinang
Rainbow Skywalk Komtar, Pulau Pinang.

Difahamkan, orang ramai yang ingin melalui Rainbow Skywalk akan dikenakan bayaran sebanyak RM45 seorang.

Penang Kini hari ini memuat naik sebuah video pemandangan dan pengalaman dua orang wanita yang menggunakan laluan tersebut.

Namun ada netizen menganggap kadar bayaran yang dikenakan agak mahal dan perlu dikaji semula supaya rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati keindahan di dalam negara sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori