Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Nahas LPT2: Beri Kami...

KUALA TERENGGANU - Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur Fasa...

Mahkamah Thailand Tentu Nasib...

BANGKOK - Mahkamah Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas Perdana...

Pesta Wau Langkawi Dijangka...

LANGKAWI - Pesta Wau Terbuka Langkawi yang diadakan untuk kali ke-10 di Kampung...

Jeans Koyak Nampak Lutut,...

SERING kali kita mendengar mengenai isu selebriti berhijab dan pendedahan aurat. Dua perkara...

Lebih 40 Orang Di Malaysia Disyaki Dijangkiti Virus Zika

KUALA LUMPUR – Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara ini disyaki dijangkiti virus Zika, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Katanya kementeriannya kini sedang menunggu laporan penuh daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengesahkan sama ada suspek positif Zika atau sebaliknya.

IMR mempunyai standard tertentu untuk mengendalikan pengesahan ujian darah, kata Dr. Subramaniam, yang juga presiden MIC, kepada pemberita selepas merasmikan galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat empat kes didapati positif virus Zika di negara ini dengan kes terbaru melibatkan seorang suami kepada wanita hamil dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru yang mengalami gejala ruam pada 2 September lepas.

Isterinya, yang sedang hamil tiga atau empat bulan, disahkan positif virus Zika pada 7 September lepas selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor apabila mengalami gejala ruam, sakit badan dan deman.


Seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang, Selangor menjadi kes pertama jangkitan kes tersebut diikuti kes dua melibatkan seorang lelaki di Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori