Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Warga Australia...

BALI - Pasangan kekasih dihukum penjara semalam selepas didapati bersalah memukul hingga mati...

Jangan Pinggirkan Kumpulan LGBT...

KUALA LUMPUR – “Yang haram itu, tetap haram” tetapi lesbian, gay, biseksual dan...

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Keracunan...

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia selepas mengalami keracunan...

TM Perluas Unifi Ke...

MELAKA - Telekom Malaysia Bhd (TM) bakal memperluaskan liputan jalur lebar Unifi di...

Lejen Penjual Ubat Masjid India Kembali Ke KTM KL

SIAPA tidak kenal Khalid Salleh; aktor terbilang tanah air yang pernah memenangi anugerak Aktor Terbaik Festival Filem Asia (AFF) 2002.

Kemenangan Khalid Salleh mengembalikan nama aktor Malaysia dalam senarai penerima anugerah AFF selepas P. Ramlee melakukannya pada 1956 dan 1962.

Khalid Salleh seorang penjual ubat jalanan pada permulaan kariernya pada tahun 70an. Dia berdiri antara Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit pada awal usia muda menjual makjun tradisi hasil ramuan allahyarham ayahnya.

WhatsApp Image 2016-09-05 at 8.00.24 AM

Selepas dibawa pengarah drama terkenal Syed Alwi ke arus perdana, Khalid Salleh mengabdikan bakatnya pada dunia drama TV dan filem.

Filem Kaki Bakar arahan Uwei Saari meletakkan Khalid Salleh sebagai lejen filem Melayu abad 21.

Hari ini, selepas 35 tahun, Khalid Salleh kembali sebagai penjual ubat. Cuma kali ini dalam mood lebih artistik dan stail yang lebih fenomena.

Pada 3 September Khalid Salleh menggemparkan pengguna komuter di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur apabila muncul pada 4.00 petang. Khalid muncul sama seperti 35 tahun lalu. Cuma kali ini beraksi sebagai Penjual Ubat, namun dengan misi menjual buku.


WhatsApp Image 2016-09-05 at 8.00.35 AM (1)

Khalid mendapat sokongan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) untuk berkeliling seluruh Malaya, menjual ubat demi memperkenalkan buku.

Khalid Salleh muncul dengan aksi bertenaga menjual ubat dengan pelbagai kisah dan kritik sosial serta politik yang tajam tapi harmonis. Dia tidak bersendirian, sesi panggung jual ubat dibuka dengan persembahan Adindo Amiro dan Sani Sudin serta ditemani Fai Zakaria.

Kuala Lumpur destinasi pertama. Khalid Salleh akan terus berkeliling ke seluruh Malaya. Tunggu… Khalid Salleh akan sampai ke stesen keretapi di bandar anda!  -MYNEWSHUB.CC

WhatsApp Image 2016-09-05 at 8.00.33 AM

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori